Penyataan Rasmi : Bukan Semua Orang Penang adalah Anak Mami. Sekian terima kasih noktah.Assalamualaikum dan salam sejahtera, Perkara ini ditimbulkan dalam satu sembang-sembang ringan bersama rakan kecantikan i olls tidak lama dahulu. Mereka meluahkan kepada akak. "Aku sangat tensyen bila pi balik rumah mentua aku, depa bila tau aku orang Penang, depa akan exclaimed kuat-kuat - NI MESTI ANAK MAMI?" kata kawan akak yang sesungguhnya tidak ada rupa langsung anak mami kerana beliau adalah keturunan Acheh campur dengan Arab dari Yemen. "Haa....aku pun bara orang yang suka tanya benda macam tu. Masa time study dulu lagi laa ser.....Bila depa tau saja aku ni dari Penang. Nenjia mesti akan depa kata - KO NI MESTI ANAK MAMI? Awat pasaipa kat Penang ni semua hanya ada bangsa Mami dan Mamu sahaja ka? Habis tu Melayu - Burma tak wujud? Melayu Cina tak wujud? Melayu Siam tak wujud
Kalau kat Penang, anak mami dan anak mamu ni ialah mereka yang mempunyai darah keturunan India atau Pakistan. Dulu India dan Pakistan kan satu Negara. Depa panggil diri depa Hindustani. So kita boleh tengok kulit depa sama ada gelap, mocha, ataupun putih terus ala-ala Hindustan. Mata mesti bulat. Bulu mata melentik. Bulu roma mesti banyak. (Adik-adik yang banyak bulu roma kaki dan tangan tapi malas nak pi wax...kalau jantan tanya depa...awat banyak bulu? Depa akan kata... I anak mami. BUREDYU.COM)Paling ketara.........TANG HIDUNG!! Hidung depa mesti tinggi. Kalau nak disimpulkan, anak mami ni muka depa mesti ala-ala Hindustan sikit. Berikut adalah contoh gambar kawan-kawan akak dan para selebriti Melesia yang seriesly memang anak mami. Tapi kecantikan dan keunikan mereka tidak stereotype kerana sekarang ni dah tahun 2012. Anak mami dah campur macam-macam DNA dah. Muka pun dah macam-macam
Anak mami adalah mereka yang sekarang ini merupakan leluhur tok nenek moyang yang berdarah Hindustani / India u olls! Dan mereka juga adalah adalah keturunan yang paling ramai kat Penang ini especially kat area Georgetown, Tanjung Tokong dan Teluk Bahang.
Kalau akak nak cerita lebih terperinci tentang keturunan anak mami ni boleh buat satu thesis. Tapi takpayahlah akak nak cerita dengan lebih terperinci kerana keturunan anak mami sekarang ni pun dah makin pupus kerana sekarang ni dah banyak sangat perkahwinan antara budaya dan kaum. So, anak-anak mami pure ni semua bukan sahaja makin berkurangan, malah yang ada sikit celonet ni pun bukan semua pun nak mengaku depa anak mami.
Bila kata saja "Hang ni anak mami ka?" Nenjiaaa dan dan muka naik merah padam dan kata "Tak lah!! Bapak aku keturunan Arab............" Tiba---------tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Wallah hu alam u olls. Ada juga Arab yang kulit gelap.
I understand why sesetengah anak mamak dan anak mami tak mau ngaku keturunan depa. Sebabnya kat Penang ni, selalu anak mami dan anak mamak mempunyai imej yang tak berapa nak best untuk dibanggakan. Tapi biasalah, kita ni orang Melesia, kalau tak kutuk bangsa lain, memang tak sah la kan. Macamlah keturunan kita ni perfect sangat. Melayu pun kita kutuk, Cina pun kita kutuk, India pun kita kutuk, Boyan pun kena kutuk.....semua pun kena kutuk laa!!
Samalah macam I olls orang Bawean, tak semua anak Boyan yang mengaku dia Boyan. Kadang-kadang bapak dia Boyan, mak dia Pakistan. So dia tak akan mengaku dia Boyan. Dia akan kata dia keturunan Pakistan. Itu personal choice dia.
Yang penting sekali, siapa pun diri kita. Kalau kita betul-betul bangga dengan jati diri kita tanpa berusaha untuk menjadi orang lain, sesungguhnya rasa bangga dan keyakinan itu akan lahir secara necerel dan sekaligus membantu kita untuk berjaya dalam hidup kita.
Comments
Post a Comment